10 Tempat Menarik Di Alor Setar
Tempat menarik

10 Tempat Menarik Di Alor Setar

Jika anda berkunjung ke Alor Setar, Kedah dan tidak tahu ingin ke mana, di sini kami kongsikan tempat menarik di Alor Setar untuk anda. Rugi jika anda tidak singgah ke tempat ini semua kerana masing-masing mempunyai keunikannya yang tersendiri. Tempat makan sedap dan untuk kanak-kanak juga kami ada kongsikan.

1.Muzium Padi Kedah

Jika Anda ingin mengetahui lebih banyak tentang industri padi di Malaysia, Muzium Padi adalah tempat yang tepat untuk dikunjungi. Anda akan menemukan informasi sejarah, alat-alat pertanian, dan budaya industri padi di sini.

2.Menara Alor Setar

Menara ini merupakan salah satu ikon kota Alor Setar. Anda dapat naik ke puncak menara dan menikmati pemandangan indah Alor Setar dari ketinggian. Apa yang menarik tentang menara ini ialah ia juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat anak bulan. Anda boleh melihat seluruh Alor Setar dari menara ini dan boleh juga menjamu selera di restoran yang terdapat ni menara ini. Pasti seronok menjamu selera sambil menikmati pemandangan seluruh Alor Setar.

3.Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir

Rumah Kelahiran Tun Mahathir merupakan salah satu bangunan bersejarah di Negeri Kedah dan dikelolakan oleh Jabatan Arkib Negara Malaysia. Rumah ini telah dirasmikan pada 20 Disember 1992 oleh Meteri Kebudayaan Keseniaan dan Perlancongan Malaysia ketika itu, YB Dato’ Sabbaruddin Chik. Beberapa buah rumah yang diperbuat dari kayu dan berkonsepkan rumah tradisional, dibina di sini dan masing-masing berfungsi sebagai balai pameran, auditorium, surau dan lain-lain.

4.Gua Gunung Keriang

Bagi peminat alam sekitar, Gua Gunung Keriang merupakan salah satu tempat menarik di Alor Setar yang harus anda kunjungi. Terletak lebih kurang 8km dari Alor Setar, gua ini merupakan formasi batu kapur dan terdiri daripada beberapa gua menarik antaranya Gua Terus, Gua Pelamin dan Gua Seribu Bayur.

Antara tarikan popular di sini ialah gua ini mempunyai batu kristal yang pelbagai jenis dan bentuk. Kristal ini turut dijual di sini. Anda boleh membawa pulang kristal sebagai tanda kenangan. Selain itu, anda juga boleh mendaki Gunung Keriang jika anda berminat. Laluannya tidak begitu sukar dan tidak begitu tinggi. Di kawasan kaki bukit juga turut tersedia gerai makanan dan minuman jika anda ingin berehat melepaskan lelah selepas meneroka.

5.Masjid Al-Bukhary

Jika anda berada di Alor Setar, jangan lupa singgah ke Masjid Al-Bukhari yang terletak hanya kira-kira 3km dari pusat bandar. Menariknya masjid ini telah dibiayai oleh jutawan terkenal Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. Selain dari masjid, antara tarikannya ialah masjid ini dibina beserta dengan sebuah kompleks yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti hospital, tempat penginapan pelancong, ruang perniagaan dan lain-lain. Bukan itu sahaja, masjid ini juga turut menjadi asrama anak yatim dan rumah warga tua.

6.Masjid Zahir

Masjid Zahir Alor Setar ini ialah masjid ini merupakan masjid yang tertua di Kedah dan telah berusia lebih 100 tahun. Masjid ini juga merupakan mercu tanda yang terkenal kerana usianya dan juga mempunyai kubah yang berwarna hitam. Masjid ini mempunyai satu kubah utama dan lima kubah yang lebih kecil yang melambangkan lima rukun Islam. Tidak susah untuk ke sini kerana kedudukannya yang terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Zahrah atau Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin. Jadi sambil anda berjalan-jalan di Alor Setar, jangan lupa singgah ke masjid ini untuk menunaikan kewajipan di samping melawat masjid tertua ini.

7.Balai Besar

Balai ini merupakan sebuah balai seni atau balai penghadapan yang dibina pada tahun 1735 dan berfungsi untuk mengendalikan upacara rasmi raja-raja dan kerajaan. Menariknya balai ini terletak pada seni binanya. Balai ini dibina menggunakan kayu cengal emas dan mempunyai ukuran berwarna keemasan dan cermin dari Cina pada bumbungnya. Walaupun balai ini dibina beratus tahun yang lalu, tiang utamanya masih kukuh sehingga ke hari ini. Anda juga akan dapat melihat seni-seni halus yang sangat mengagumkan di sini. Kedudukan Balai Besar ini juga tidak sukar untuk dicari kerana kedudukannya di tengah bandaraya Alor Setar dan dikelilingi bangunan bersejarah lain seperti Muzium DiRaja Kedah, Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Seni Negeri dan Masjid Zahir.

8.Pekan Rabu

Terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar, kompleks ini menjadi lambang kemegahan kepada peniaga Melayu di negeri ini. Ini kerana kebanyakan peniaga di sini merupakan generasi ketiga dan keempat daripada peniaga asal Pekan Rabu yang mula dibuka sekitar tahun 1930. Pekan Rabu ini dibuka oleh putera DiRaja Kedah pada zaman dahulu untuk memberi peluang kepada orang Melayu berniaga dan menjual hasil tanaman dan perusahaan kampung yang turut dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi mereka.

9.Restoran Nasi Lemak Royale

Nasi lemak dengan lauk masakan kandar yang meriah seperti kari, gulai, dan kuah madu memang memberi rasa yang lain dari yang lain. Terdapat juga banyak lagi lauk yang lain seperti daging masak kicap, ayam goreng dan sotong. Kombinasi rasa nasi lemak di sini sangat berbeza dari nasi lemak yang selalu kita makan.

10. Laksa Ikan Sekoq

Peminat laksa wajib merasa laksa di Laksa Ikan Sekoq. Seperti namanya, uniknya di sini laksa akan dihidangkan bersama ikan seekor yang menjadikannya lebih sedap dari laksa utara lain. Jika anda kurang gemar dengan ikan, anda boleh tukar juga dengan udang. Seronoknya lepak di sini kerana warung ini terletak di tepi pantai. Sambil makan anda boleh menikmati angin pantai di waktu petang. Anak-anak juga pasti tidak bosan boleh bermain di tepi pantai sambil makan.

Anda tidak sempat membaca?

Klik butang di bawah untuk mendengar artikel penuh di atas.

Subscribe kami di channel WhatsApp, Telegram dan Follow kami di Tiktok untuk mendapatkan lebih banyak info menarik.

SUMBER :

https://vivify.com.my/muzium-padi/

https://gowhere.my/info/menara-alor-setar/

https://www.tripadvisor.com/ShowUserReviews-g298282-d3935552-r510327229-Rumah_Kelahiran_Mahathir-Alor_Setar_Kota_Setar_District_Kedah.html

https://www.thestar.com.my

https://mosqpedia.org/en/mosque/1094

https://jheaik.kedah.gov.my/masjid-zahir/

https://www.dreamstime.com/editorial-stock-image-balai-besar-great-hall-heritage-structure-alor-setar-kedah-malaysia-original-structure-dates-back-to-founding-image60430434

https://www.utusan.com.my/gaya/2020/08/pekan-rabu-lambang-kemegahan-peniaga-melayu/

https://www.facebook.com/nasilemakroyaleMRR/

https://www.crispoflife.com/2018/01/laksa-ikan-sekoq-alor-setar-kedah.html