Tempat menarik

10 Tempat Menarik Di Yan Kedah

1.Pulau Songsong

Pulau Songsong adalah pulau tidak berpenghuni tanpa pembangunan. Disebabkan itu, ekosistem semula jadi pulau ini masih terpelihara dan sangat cantik. Memandangkan Jerai Geopark merupakan kawasan pulau ini, anda perlu menaiki bot selama 20 minit dari jeti Sungai Udang untuk sampai ke sana. Di sini, anda boleh berkelah, snorkeling dan berkhemah. Berkhemah di pulau memang syok apa lagi ketika waktu malam dengan angin pantai, sambil menikmati panorama bintang di langit. Memang hilang stress!.

2.Air Terjun Titi Hayun

Air Terjun Titi Hayun merupakan lokasi percutian air terjun yang menarik di Yan dengan suasana alam semulajadi yang menenangkan. Jaraknya hanya 5 kilometer dari pekan Yan. Berlokasi di bawah kaki Gunung Jerai dan di dalam Hutan Lipur Titi Hayun, kalau nak mandi-manda dekat sini memang berbaloi kerana kawasan ini dijaga dengan baik. Namun, elakkan datang ke sini ketika musim kemarau kerana airnya kurang menarik dan cetek.

3.Pantai Murni Waterfront

Jika anda ingin mencari tempat melepak dan bersantai pada waktu petang, datanglah ke Pantai Murni Waterfront. Hanya 500 meter dari pekan Yan, tempat ini sesuai untuk layan angin pantai. Selain itu, fasiliti seperti gerai, tandas awam, pondok dan surau pun tersedia. Tempat ini juga merupakan tempat yang bagus untuk melihat matahari terbenam dan mempunyai pemandangan beberapa pulau, seperti Pulau Bidan, Pulau Bunting, Pulau Telor, dan Pulau Songsang.

4.Ladang Nipah Ismail Che Kar

Jika anda ingin merasai keenakan air nira nipah datanglah ke Ladang Nipah Ismail Che Kar. Anda akan melihat bagaimana getah nipah ditanam dan cara membuat jus nipah. Kalau di Kelantan minuman nira nipah dipanggil “tuak nipah” dan ini antara minuman popular di Kedah. Harganya hanya RM 10 untuk satu jag besar minuman itu. Jika anda melancong ke Yan, anda pasti perlu singgah dan mencuba jus buah dan nipah.

5.Air Terjun Seri Perigi

Air Terjun Seri Perigi merupakan air terjun tertinggi di Kedah dan mempunyai ketinggian lebih 100 meter. Air terjun ini mengalir menuruni bukit dan mengeluarkan bunyi yang sangat menenangkan. Tambah lagi, air terjun di Kampung Perigi sangat popular di kalangan orang yang berkunjung ke Kedah. Kalau anda suka mandi air terjun, pastikan anda tambah tempat ini ke wishlist anda.

6.Gunung Jerai

Gunung Jerai sudah tidak asing lagi di Kedah dan salah satu simbolik negeri jelapang padi ini. Gunung yang berketinggian 1217 meter ini menjadi buruan para pendaki untuk ditawan. Tempat menarik ini juga kaya dengan flora dan fauna seperti orkid liar. Suhu disini sekitar 18 hingga 25 darjah celcius, memang segar dan menyamankan. Yang bestnya lagi, anda boleh menginap di kawasan Gunung Jerai kerana terdapat penginapan disediakan.

7.Kampung Setar, Yan

Adakah anda ingin keluar dari bandar dan tinggal dalam suasana kampung? Kampung Setar, Yan, adalah tempat yang bagus untuk melakukannya. Terdapat banyak aktiviti untuk dinikmati di sini, seperti melawat kebun buah-buahan, mandi sungai, dan berkelah di air terjun. Jika anda ingin merasai suasana kampung penuh kehijauan, Kampung Setar, Yan adalah lokasi yang sesuai.

8.Kampung Singkir Laut, Yan

Kampung Singkir Laut adalah sebuah perkampungan yang indah di mana anda boleh “healing” diri sendiri kerana suasananya sesuai untuk bersantai dan memancing. Anda juga boleh berehat di pantai, menikmati angin laut atau memancing di tepi pantai. Selain itu, anda juga boleh pergi mendaki, pergi ke kolam udang dan mandi air terjun di kampung ni. Air tawar dan air laut kedua-duanya terdapat di sini, jadi anda boleh memilih mana-mana yang anda suka.

9.Chalet Rimbun Hijau

Mencari tempat untuk menghabiskan family day? Cubalah Chalet Rimbun Hijau. Chalet ini mempunyai tiga kolam dan boleh memuatkan sehingga 50 orang. Ia terletak di sebuah kampung, tapi berkonsepkan chalet moden. Chalet ini menampilkan kehijauan dari alam semula jadi dengan kemudahan BBQ, dewan, kolam dan banyak lagi. Di sini juga terdapat anak sungai, jadi anda bosan mandi kolam, boleh try mandi sungai. Tempat ini sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti family holiday, program atau sekadar bersantai dengan rakan-rakan.

10.Ultimate Horse Training

Sesiapa yang berminat untuk menunggang kuda dialu-alukan untuk mengunjungi lokasi ini bersama keluarga atau rakan-rakan. Tiada bayaran masuk, tetapi menunggang kuda akan dikenakan bayaran. Jom cuba buat kali pertama!

Anda tidak sempat membaca?

Klik butang di bawah untuk mendengar artikel penuh di atas.

https://greaterkedah.com/wp-content/uploads/2023/09/tempat-menarik-di-yan-2.mp3

Subscribe kami di channel WhatsApp, Telegram dan Follow kami di Tiktok untuk mendapatkan lebih banyak info menarik.

SUMBER : https://kakitravel.net/travel/pulau-songsong-destinasi-hidden-gem-kedah/

https://www.percutianbajet.com/kedah/yan/titi-hayun-yan-kedah

https://www.mdfaiez84.com/2019/01/pantai-murni-waterfront.html

https://babab.net/artikel/nikmati-air-nira-asli-terus-dari-ladang-nipah-ismail-che-kaq.html

https://www.flickr.com/photos/sirmart/5010537212

https://www.hmetro.com.my/santai/2019/09/493806/gamitan-gunung-jerai

https://www.facebook.com/kampungsetaryan/

https://www.flickr.com/photos/nurads/14292010203

https://portcuti.com/chalet/chalet-kolam-renang-air-sungai-yan-kedah.html

https://www.rollinggrace.com/2020/11/horse-riding-price-packages-ultimate-horse-training-stud-farm-yan-kedah-malaysia.html

Exit mobile version