6000 peluang pekerjaan baharu dibuka untuk Fasa 1 projek kilang AT&S Kulim
Ekonomi

6000 peluang pekerjaan baharu dibuka untuk Fasa 1 projek kilang AT&S Kulim

AT&S, peneraju global pembuatan papan litar bercetak (PCB) dan litar bersepadu (IC) substrat berprestasi tinggi yang berpangkalan di Austria bakal memulakan operasi pengeluaran IC pertamanya di sini pada akhir tahun ini.

Kemudahan AT&S di Kulim akan menghasilkan IC berprestasi tinggi untuk pembuat cip Amerika Syarikat (AS), AMD.

Kemudahan baharu itu dijangka akan menjadi antara penyumbang penting kepada pendapatan kumpulan pada tahun kewangan 2026/2027 (FY26/27).

Pelaburan AT&S di Kulim ini adalah antara terbesar yang dibuat oleh AT&S dan dijangka menyumbang dengan ketara kepada pendapatan syarikat sebanyak 3.5 bilion euro bagi FY26/27.

AT&S ialah salah satu peneraju untuk cip mikro dan komponen yang mengawal aliran kuasa dan maklumat berkaitan ke dalam sistem monolitik yang memastikan laluan kekal sesingkat mungkin.

Ia sekali gus memastikan maklumat boleh bergerak pada kelajuan maksimum tanpa sebarang kerugian yang ketara.

Firma Austria itu telah melabur lebih 1 bilion euro (RM5.12 bilion) di Kampus AT&S, tapak pengeluaran pertama kumpulan itu di Asia Tenggara.

AT&S yang turut beroperasi di Nanjangud, India; Chongqing dan Shanghai di China; dan Ansan, Korea Selatan, membina kemudahan tercanggih baharu di Kulim, dengan pelaburan terancang kira-kira 1.7 bilion euro di bawah Fasa 1 daripada projek itu.

Kerja pembinaan kilang itu bermula pada November 2021 dan operasi komersial disasarkan untuk dilaksanakan pada akhir tahun ini.

AT&S kini mempunyai 14,000 pekerja di seluruh dunia.

Fasa pertama projek di Kulim itu dijangka membuka peluang 6,000 pekerjaan baharu termasuk 4,500 pekerja kolar biru.

“Dengan pelaburan AT&S di Malaysia, mereka mewujudkan beribu-ribu pekerjaan berteknologi tinggi di rantau ini. Menjelang akhir tahun ini, kami akan mewujudkan hampir 2,500 pekerjaan baharu, yang mana 1,500 pekerja kolar biru akan bekerja di persekitaran yang sangat canggih.

Maklumat mengenai pengambilan pekerja boleh diperolehi di laman web syarikat tersebut din https://career.ats.net