7 Tempat Menarik Di Sungai Petani
Tempat menarik

7 Tempat Menarik Di Sungai Petani

Tercari-cari destinasi yang unik untuk percutian akan datang? Mai singgah ke Sungai Petani, Kedah. Masa yang diambil untuk ke negeri di utara Semenanjung Malaysia ini adalah dalam 4 ke 5 jam, sebaik memasuki negeri ini anda akan dapat melihat keindahan sawah padi yang terbentang luas penuh kehijauan.

Bandar yang terbesar di Kedah ini sedang rancak membangun mengikuti pergerakan era namun dalam masa yang sama masih memelihara tapak-tapak tamadun awal yang pernah wujud beribu tahun yang lalu, menjadikan ia destinasi yang cukup mengujakan untuk dilawati.

1.Menara Jam Besar

Didirikan pada tahun 1934, Menara Jam Besar Sungai Petani ini merupakan hadiah daripada seorang tauke Cina, Lim Lean Teng kepada penduduk kawasan ini untuk meraikan sambutan Jubli Perak King George V dan Queen Mary. Yang menariknya, jam gergasi antik ini masih lagi berfungsi dan berbunyi.

Pada waktu malam, jam ini akan dilimpahi dengan cahaya lampu yang indah, menjadikan ia sempurna sebagai latar belakang gambar instagram anda.

2.Chalet Terapung Segantang Garam

Kalau anda merancang untuk ke sini pada percutian akan datang, Chalet Terapung  Segantang Garam adalah salah satu pilihan penginapan yang boleh dipertimbangkan. Menawarkan tujuh buah chalet yang terapung di atas permukaan Sungai Merbok, Chalet Terapung Segantang Garam menyediakan dua buah chalet yang lengkap dengan penghawa dingin, chalet VIP, chalet berkembar dan bilik penginapan berasingan. Pilihlah yang mana yang sesuai dengan keperluan penginapan anda.

Antara aktiviti menarik yang boleh anda rancang untuk lakukan sekiranya memilih untuk menginap di sini adalah memancing di pelantar yang disediakan, melawat pulau-pulau berhampiran, melihat keindahan hutan paya bakau ataupun melawat banyak lokasi menarik terdekat seperti muzium arkeologi dan lain-lain lagi.

3.Taman Jubli Perak

Taman Jubli Perak ini telah dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang merupakan Sultan Kedah yang ke-27. Lengkap dengan laluan pejalan kaki, di tengah-tengah taman ini pula terdapat sebuah tasik indah dengan jambatan untuk merentasinya.

4.Jeti Sungai Semeling

Sambil melihat dengan dekat keindahan alam hijau ini, anda juga dapat mendengar bunyi kicipan burung dan melihat pemandangan matahari terbenam yang cukup mempesonakan. Tak puas lagi? Apa kata kalau anda mengambil pakej river cruise yang turut disediakan di sini untuk memaksimakan lagi keseronokan anda sekeluarga bersatu dengan alam semula jadi.

5.Tanjung Dawai

Tanjung Dawai terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Sungai Petani berada di Kawasan Parlimen Merbok iaitu bagi Daerah Kuala Muda di negeri Kedah Darul AmanMalaysia. merupakan kawasan yang terkenal dengan makanan laut. Antara kawasan yang terdapat di Tanjung Dawai ialah Kampung Bagan Belat, Kampung Sungai Pial, Bagan Asam, Kampung Nelayan, Telok Bala, Kampung Segantang Garam dan lain-lain lagi.

6.Pantai Merdeka

Pantai Merdeka merupakan pantai percutian yang terletak di tanah besar negeri Kedah. Pantai Merdeka terletak di Daerah Kuala Muda, 60 km ke selatan Alor Setar. Pantai merdeka terletak di selatan muara Sungai Merbok. Dari pantai ini, pengunjung boleh melihat pemandangan indah Gunung Jerai dengan jelas, pengunjung juga boleh melihat Tanjung Dawai yang terletak di Utara Muara Sg. Merbok.

Pantai Merdeka terkenal sebagai pantai peranginan dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Perak Utara. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuklah rumah penginapan calet, rumah rehat, pondok, surau, tandas, tempat perkhemahan, kolam renang dan tempat-tempat makan.

7.Masjid Sultan Muzaffar Shah

Masjid Sultan Muzaffar Shah yang terletak di Jalan Sungai Layar ini juga boleh dikatakan sebagai sebuah masjid ‘di dalam taman’ kerana lokasinya yang betul-betul bersebelahan dengan Taman Jubli Perak. Masjid indah ini terletak cukup dekat dengan kawasan pusat bandar Sungai Petani, memudahkan akses sesiapa yang ingin menunaikan solat 5 waktu.

Anda tidak sempat membaca?

Klik butang di bawah untuk mendengar artikel penuh di atas.

Subscribe kami di channel WhatsApp, Telegram dan Follow kami di Tiktok untuk mendapatkan lebih banyak info menarik.

Sumber: Hotel Seri Malaysia Sungai Petani

Sungai Petani – A Fast Growing City

https://www.tripadvisor.com/ShowUserReviews-g670110-d8424930-r473583520-Taman_Jubli_Perak_Playground- Sungai_Petani_Kuala_Muda_District_Kedah.html

https://kakitravel.net/travel/tempat-tarikan/semeling-jerai-geopark/

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tanjung_Dawai

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pantai_Merdeka