Sejarah Kota Kuala Kedah
Seni Budaya

Sejarah Kota Kuala Kedah

Kota Kuala Kedah juga dikenali sebagai Kota Kuala Bahang merupakan salah sebuah daripada kota bersejarah yang dibina oleh orang-orang Melayu yang terletak dalam negeri KedahMalaysia. Kota Kuala Kedah yang terletak di Alor Setar merupakan satu kompleks sejarah popular di Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Sejarah Ringkas Kota yang dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan sultan Muhammad Jiwa ini siap pembinaanya dalam tahun 1780.

Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato’ Maharaja Kadhi. Manakala tukang-tukang mahirnya dibawa darpada India. Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama “Pintu Gerbang Kadapuri”. Kota ini juga pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam. Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak di bawah penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini, termasuklah rumah api. Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yng wujud hingga ke hari ini. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945.

Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai “Tapak Tanah Bersejarah” mengikut peruntukan “Akta Benda Purba 1976” di bawah akta 165. Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.

RUJUKAN:

SUMBER:https://ms.wikipedia.org/wiki/Kota_Kuala_Kedah

SUMBER:http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-kota-kuala-kedah

SUMBER:https://www.mdfaiez84.com/2019/01/muzium-kota-kuala-kedah.html

SUMBER:https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Kuala_Kedah.jpg