Lembah Bujang adalah sebuah situs arkeologi yang terletak di Sungai Bujang, Kedah, Malaysia. Situs ini dikenal sebagai pusat kebudayaan Hindu-Buddha yang berkembang antara abad ke-5 dan ke-14 Masehi. Lembah Bujang adalah salah satu situs arkeologi paling penting di Malaysia dan menjadi saksi sejarah peradaban kuno di wilayah tersebut.
Di Lembah Bujang, terdapat sekitar 90 kompleks arkeologi yang berbeda, termasuk kuil-kuil, makam, dan situs-situs lainnya. Beberapa kuil yang terkenal di Lembah Bujang antara lain Kuil Candi Bukit Batu Pahat, Kuil Candi Pengkalan Bujang, dan Kuil Candi Pendiat. Kuil-kuil ini menampilkan arsitektur Hindu dan Buddha dengan dekorasi relief yang indah.
Penemuan-penemuan arkeologi di Lembah Bujang meliputi patung-patung, arca-arca, perhiasan, dan artefak lainnya yang menggambarkan kehidupan dan kepercayaan masyarakat pada masa lalu. Situs ini memberikan wawasan yang berharga tentang perdagangan, kegiatan keagamaan, dan kehidupan sosial pada zaman itu.
Lembah Bujang juga memiliki hubungan perdagangan dengan negara-negara Asia Tenggara dan India. Beberapa peninggalan yang ditemukan di situs ini menunjukkan adanya pengaruh budaya dari India, seperti arca-arca dewa Hindu seperti Shiva dan Vishnu.
Lembah Bujang adalah tapak arkeologi yang terbesar di Malaysia. Walaupun nama Lembah Bujang merujuk kepada kawasan tadahan Sungai Bujang, sebatang anak sungai kepada Sungai Merbok, kawasan Tapak Arkeologi Lembah Bujang lebih luas daripada itu, dan merangkumi tempat-tempat sejauh Kota Sarang Semut di sebelah utara, Bukit Mertajam di selatan dan Jeniang di timur, dengan Gunung Jerai berada di tengah-tengah.
Asal nama Lembah Bujang
Nama “Bujang” pada Lembah Bujang tiada kena mengena dengan erti “bujang” dalam Bahasa Melayu kini. Menurut sejarahwan Dato V. Nadarajan, nama ini berasal dari perkataan Sanskrit bhujagga, yang bermakna “ular” atau “alim”. Merujuk kepada Kamus Sanskrit saya, saya menemui perkataan भुजङ्ग (ular); Saya tidak menjumpai sebarang perkataan yang menyerupai “alim”. Dato Nadarajan berhipothesi yang nama ini digunakan untuk menggambarkan Sungai Bujang yang bengkang-bengkok (ataupun mungkin juga Sungai Merbok).
Mengenai penggalian arkeologi di Lembah Bujang
Penggalian arkeologi di Lembah Bujang secara sekali-sekala sejak abad ke-19. Pada mula-mulanya, ia dijalankan oleh para sejarahway amatur dan pengemar sejarah, bermula dengan pegawai tentera British, Leftenan Kolonel James Low, yang pada tahun 1845 telah menemui bukti menunjuk kepada kewujudan sebuah tamadun purba di Lembah Bujang. Sejak itu, pelbagai orang telah menjalankan penggalian di Lembah Bujang. Antara yang terawal tidak terlatih sebagai ahli arkeologi, sebaliknya penggemar sejarah yang cenderung memahami tamadun purba. Kemudiannya barulah tiba penyelidik dan pakar-pakar dari pelbagai universiti. Mereka termasuk pasangan Wales (1936-40), Alastair Lamb (1958-60), Adi (1983), Nik Hassan (1984), Allen (1988) dan sekarang ini, Mokhtar Saidin (2012-kini).
Kebanyakan daripada fahaman kita berkenaan tapak purba Lembah Bujang berpunca dari kerja-kerja pasangan ahli arkeologi amatur, H.G. Quaritch Wales bersama isterinya Dorothy Wales. Mereka telah menjalankan penggalian di Lembah Bujang pada tahun 1936-38. Pada tahun 1936, mereka telah menemui Candi Bukit Batu Pahat, yang kini peninggalan purba Lembah Bujang yang paling terkenal.
Lembah Bujang sekarang dikenali sebagai pusat perdagangan yang paling tua di Malaysia, lebih tua daripada Kesultanan Melaka. Ia membangun antara abad ke-4 hingga abad ke-14, apabila pedagang dari pelbagai tempat, tetapi terutamanya dari India, telah datang dan menetap di sana. Mereka telah membawa budaya dan agama mereka ke rantau ini. Sungai Bujang, Sungai Muda dan Sungai Merbok, seperti juga Gunung Jerai masing-masing memainkan peranan yang penting dalam perkembangan perdagangan di Lembah Bujang. Pada masa itu, Gunung Jerai telah digunakan oleh pedagang awal sebagai mercu tanda untuk menuju ke Lembah Bujang.
Kaum Melayu awal juga merupakan saudagar yang aktif yang juga membuat pelayaran ke rantau jauh di seberang Teluk Bengal. Mereka mendagangkan hasil keluaran hutan untuk mendapatkan bahan logam, kain dan barangan yang sukar ditemui. Kemasukan saudagar India ke Lembah Bujang telah “mengIndiakan” lembah tersebut. Para ahli arkeologi Early Malays were already active traders, making long-distance voyages across the Bay of Bengal. They traded forest products for metal, textiles and other rarities. The influx of Indian traders into Bujang Valley led to the “Indianization” of the valley. Bukti arkeologi menunjukkan tertubuhnya di sini sebuah kerajaan Hindu-Buddha purba seawal abad pertama Masihi. Antara peninggalan yang ditemui di sini termasuk peti batu, batu bersurat dan patung dewa.
KREDIT KEPADA <<SUMBER INI>>