Bapa Pemodenan Malaysia dari Kedah
Politik Sejarah

Bapa Pemodenan Malaysia dari Kedah

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad adalah seorang tokoh politik terkemuka di Malaysia. Beliau sering dikenali sebagai “Tun M.” Mahathir memainkan peranan penting dalam sejarah politik Malaysia dan telah memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia dua kali. Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 (tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember 1925) di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak selama dua tahun sebelum memasuki sekolah Inggeris kerajaan yang kemudian bertukar nama kepada Kolej Sultan Abdul Hamid, di mana ayahnya adalah guru besar. Semasa di kolej, Mahathir telah bertemu dengan Siti Hasmah Mohamed Ali, juga seorang pelajar perubatan. Pada tahun 1956, mereka berkahwin dalam satu majlis di Jalan Imbi di Kuala Lumpur. Mereka mempunyai tujuh anak, iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

Mahathir mula terlibat dalam politik Malaysia sebagai ahli Parti Persatuan Melayu Malaysia (UMNO) pada tahun 1946. Pada tahun 1964, beliau terpilih sebagai Ahli Parlimen untuk kawasan Alor Setar. Pada 1965, beliau dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan pada PRU 1969, Mahathir bertanding PRU, tetapi ditewaskan oleh wakil PAS. Pada 1972, permohonan Dr Mahathir untuk menyertai semula UMNO telah diterima dan beliau dilantik sebagai Senator pada 1973 serta ahli mahkamah universiti dan Majlis Universiti Malaya. Pada tahun berikutnya, beliau memenangi kerusi Kubang Pasu tanpa bertanding pada PRU tahun berkenaan sebelum dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Pada tahun 1976, Mahathir dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dua tahun kemudian, beliau mengambil alih jawatan Menteri Perdagangan dan Industri di mana beliau memimpin beberapa misi mempromosi pelaburan. Pada 1981, setelah Hussien Onn meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketiga atas sebab kesihatan, Mahathir menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri keempat Malaysia.

Those who hardly use their body eventually become paralysed. If we don’t use our brains, we become stupid

Mahathir Mohamad

Salah satu pencapaian utama Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri adalah pelaksanaan Projek Wawasan 2020. Ia adalah satu dasar jangka panjang yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 yang telah diperkenalkan oleh beliau dijadikan sebagai asas dan panduan untuk mencapai matlamat negara yang maju dan sistematik dari segi sains dan teknologi, ekonomi dan infrastruktur bertaraf dunia. Ia merupakan idea yang akan membawa negara ke arah mercu dengan mempunyai panduan hala tuju tindakan di masa hadapan. Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar ‘projek mega’) yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.

Persaraan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada tahun 2020 adalah satu daripada babak penting dalam sejarah politik Malaysia dan merupakan peristiwa yang mempengaruhi landskap politik negaraWalaupun beliau sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri, pengaruh Mahathir dalam politik Malaysia masih terasa. Beliau adalah salah satu tokoh politik paling berpengaruh dalam sejarah negara ini dan sering dihormati sebagai tokoh penting dalam pembangunan Malaysia moden.

Sekian sedikit untuk maklumat,
Tun Dr. Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri penuh hemat,
Malaysia makmur dan selamat.

Anda tidak sempat membaca?

Klik butang di bawah untuk mendengar artikel penuh di atas.

Subscribe kami di channel WhatsApp, Telegram dan Follow kami di Tiktok untuk mendapatkan lebih banyak info menarik.

SUMBER:

BusinessToday