Resipi

Cara-Cara Untuk Membuat Pek Nga

Sumber : Pek nga mendapat nama dari singkatan ‘tempek atas belanga’. Sehingga hari ini, ia tetap mendapat permintaan ramai di seluruh pelosok Kedah. Hidangannya ringkas, tetapi cukup memuaskan hati.

Pek nga merupakan makanan paling ‘simple’ dan mengenyangkan. Pek nga ini juga telah disenaraikan antara makanan tradisi di Malaysia. Kebiasannya orang Kedah suka makan Pek Nga ini bersama nyoq ataupun kelapa. Untuk mebuat pek nga ini juga sangat mudah. Ia juga boleh dimakan dengan kari ikan. Pek nga juga merupakan hidangan pembuka selera terutamanya bagi golongan pesawah suatu tika dahulu. Ia sebagai penambah tenaga sebelum mengerjakan aktiviti bersawah padi. Pek nga mendapat nama dari singkatan ‘tempek atas belanga’. Sehingga hari ini, ia tetap mendapat permintaan ramai di seluruh pelosok Kedah. Hidangannya ringkas, tetapi cukup memuaskan hati.

Bahan-Bahan :

-1 Biji Telur

-1 Cawan Tepung Gandum

-1 Cawan Air Suam

-Secubit Garam

Cara Memasak :

-Bancuh kesemua bahan dan kacau sehingga sebati

-Panaskan frying pan (Gunakan Non-stick) Sapukan minyak dan tuang adunan

-Gunakan api yang perlahan

-Angkat pek nga tersebut apabila telah masak sepenuhnya

SUMBER :

https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/61

Exit mobile version