Resipi

Gulai Ikan Temenung Kuala Kedah

Ramuan

  1. 4 ekor ikan temenung/kembung
  2. 7 biji bendi
  3. 2 paket kecil rempah ikan cap O
  4. 2 sudu makan serbuk cili
  5. 2 biji bawang merah – ditumbuk lumat
  6. 2 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
  7. 2 tangkai daun kari
  8. 2-3 biji bawang merah – dihiris
  9. 2 ulas bawang putih – dihiris
  10. 1 inci halia – dihiris
  11. 1 sudu kecil halba campur
  12. 1 mangkuk kecil air asam jawa
  13. 1/2 cawan air
  14. 400 ml santan atau secukupnya
  15. 1 1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa

Cara Memasak

  1. Satukan rempah, serbuk cili, bawang yang ditumbuk tambah sedikit air jadikan pes.
  2. Panaskan minyak secukupnya tumis bahan hirisan bersama daun kari. Kemudian masukkan halba campur tumis lagi hingga naik aroma wangi.
  3. Masukkan pes rempah tumis hingga pecah minyak. Selepas itu masukkan air asam jawa dan air kacau hingga sebati.
  4. Kemudian tuangkan santan diikuti bendi, letak perasa garam secukup rasa. Biarkan masak mendidih dahulu kemudian baru letak ikan.
  5. Apabila ikan dah masak tutup api sedia dihidang.
    Exit mobile version