Ini Kisah Pekan Rabu,Alor Setar
Perlancongan Tempat menarik

Ini Kisah Pekan Rabu,Alor Setar

Pekan Rabu begitu dekat dengan rakyat Kedah kerana ia merupakan pusat perniagaan produk tempatan yang telah beroperasi sejak sekian lama.

Ia juga merupakan antara lokasi yang ‘wajib’ untuk dilawati sekiranya berkunjung ke Alor Setar.

Kompleks bangunan berlandaskan seni bina berkonsepkan “eco mall” sambil mengekalkan ciri-ciri asal tradisi kompleks tersebut dan juga sedikit sentuhan tradisional Islamik.

Tak lengkap percutian hangpa di Kedah kalau tak singgah ke Pekan Rabu.

Boleh dikatakan Pekan Rabu adalah ‘one stop centre’ yang menjual pelbagai jenis kuih muih tradisional, makanan² kering dan basah, pakaian dan macam² lagi lah. Confirm hangpa rambang mata bila dah sampai sini.