Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2023 dibuka secara rasmi hari ini oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB. Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan dan Menteri Pengangkutan, YB Tuan Anthony Loke Siew Fook di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini pagi tadi.
Bertemakan ‘Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa’, LIMA 2023 yang membuka tirainya hari ini mencatat sejarah sebagai paling besar penganjurannya selepas edisi tahun 2019 setelah tertangguh pada tahun 2021 akibat Pandemik Covid-19 melanda dunia.
Hadir sama dalam majlis pembukaan tersebut ialah Menteri Dalam Negeri, YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Polis Negara, YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj Abdullah Sani, Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Hj. Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Pengarah-Pengarah PDRM, dif-dif jemputan Ketua Polis Negara serta Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Bin Wan Ahmad.
Pameran LIMA’ 2023 yang berlangsung selama lima hari mula dibuka hari ini dengan mengutamakan orang kenamaan dan delegasi perdagangan sebelum dibuka kepada pelawat awam pada 26 Mei 2023.