Pulau Song Song, Yan Kedah
Perlancongan

Pulau Song Song, Yan Kedah

Pulau Song Song yang terletak di Yan, Kedah Darul Aman, adalah sebuah pulau yang dapat memberikan ketenangan kepada jiwa apabila menginjakkan kakinya di sana.

Pulau ini dipenuhi dengan pantai berpasir putih yang memukau, pokok-pokok hutan yang masih asri, dan terumbu karang yang tetap utuh di dasar laut.

Terletak dalam perairan daerah Yan, Kedah, pulau ini tidak dihuni oleh penduduk. Ia juga merupakan lokasi tempat penyu bertelur pada musim tertentu. Pulau ini adalah salah satu daripada gugusan pulau yang cantik di utara Selat Melaka. Ia menyimpan kekayaan laut yang unik, termasuk ikan pelbagai warna dan terumbu karang yang indah.

Pulau ini terkenal sebagai destinasi yang ideal untuk penyelam. Sebelum tahun 2008, nelayan dan penduduk tempatan tidak dibenarkan mengunjungi pulau ini kerana digunakan untuk latihan menembak peluru berpandu oleh Tentera Udara Australia. Ada juga catatan sejarah yang menyatakan bahawa pulau ini telah diambil alih oleh Tentera British sejak tahun 1940-an. Jika Tentera Udara Australia menggunakan ia sebagai tempat menembak peluru berpandu manakala Tentera British menggunakannya sebagai tapak ujian menembak peluru. Selepas perjanjian dengan kerajaan Malaysia tamat, pulau tersebut diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Kementerian Pertahanan.

Kini, setelah kawasan tersebut dibersihkan, Pulau Song Song kini menjadi tempat yang menarik dan dibuka untuk umum tanpa sebarang sekatan atau bayaran masuk.

Ingin ke Pulau Song Song tapi tidak tahu bagaimana?

Untuk ke pulau ini, terdapat beberapa jeti yang menyediakan perkhidmatan bot, seperti Jeti Sungai Yan, Jeti Sungai Udang, Jeti Kuala Dulang, dan Jeti Tanjung Dawai. Perjalanan ke pulau ini mengambil masa kira-kira 35 minit. Iaitu dari Jeti Tanjung Dawai atau 15 minit dari Jeti Sungai Udang, Yan Kedah. Pelancong yang berhasrat untuk mengunjungi pulau ini disarankan untuk membuat tempahan lebih awal. Perjalanan ke pulau bergantung kepada keadaan cuaca dan pasang-surut.

Pulau ini juga menawarkan pelbagai aktiviti seperti snorkeling dan scuba diving yang akan memberikan pengalaman yang sukar dilupakan. Jika anda mencari ketenangan dan ingin melarikan diri dari kebisingan bandar, Pulau Song Song adalah tempat yang sempurna untuk mengunjungi.

Anda pasti tidak akan menyesal dan mungkin akan merancang untuk kembali ke Pulau Song Song lagi.

pulau song song
Pemandangan Pulau Song song

SUMBER :

Anda tidak sempat membaca?

Klik butang di bawah untuk mendengar artikel penuh di atas.

Subscribe kami di channel WhatsApp, Telegram dan Follow kami di Tiktok untuk mendapatkan lebih banyak info menarik.