ROCK VILLAGE KG KURA, SIK KEDAH
Perlancongan

ROCK VILLAGE KG KURA, SIK KEDAH

TAHUKAH ANDA TERDAPAT TARIKAN BARU YANG TERDAPAT DI SIK,KEDAH?

Yang Sekarang Viral Di TIKTOK

Suasana bukti yang dingin seperti di Chiang Mai atau Chiang Rai , tapi sebenarnya hanya di Negeri Kedah sahaja!

ROCK VILLAGE – Sebuah campsite & cafe yang terletak di kampung Kura, Jeneri , Sik Kedah . Baru dibuka Bulan lepas , pengunjung disajikan dengan Susana sejuk ‘ VIBES ‘ macam di utara Thailand .

Ada beberapa buah tapak perkhemahan berbumbung yang terdapat di sini . Anda boleh menyewa untuk berkhemah di sini.

Ada Sebuah cafe yang dinamakan ‘ ROCK CAFE ‘ terletak di atas tebing bukit yang tinggi. kalau datang pagi-pagi memang dapat tengok pemandangan yang epik & cinematic dengan kabusnya.

UNTUK SAMPAI KESINI

ROCK VILLAGE , KAMPUNG KURA , JENERI , SIK KEDAH DARULAMAN.

DIBUKA 7.00 A.M – 7.00 P.M