Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga lebih dikenali dengan nama Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I Ching dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha.
Menurut Catatan sejarah menyatakan bahwa kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5 masihi. Pada peringkat awal penubuhan kerajaan ini, Sungai Mas dijadikan sebagai pelabuhan utama tetapi kemudiannya dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.
Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas. Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.
Sebagai sebuah kerajaan yang memainkan peranan penting dalam menyebarkan
Islam di rantau Asia Tenggara, kerajaan Kedah tersangat dihormati dan ditakuti oleh kuasa asing.
Menurut Datuk Dr. Wan Shamsudin Mohd Yusof, Pengerusi Persatuan Seiarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), angkatan tentera Kedah telah memperluaskan pengaruh mereka dari Pulau Sembilan yang terletak di lembah Kerian, Perak.
Ketika itu, angkatan tentera kedth diterajui oleh putera Sultan Muhammad Jiwa Adilin Mu’adzam Shah Il iaitu Tunku Anjang.
Bukan itu sahaja, malah penguasaan Kedah meluah sehinggakan merangkumi negeri-negeri utara seperti Seberang Perai dan Pula Pinang, Perlis dan termasuk Satun, Thailand.
Pada asalnya, kesemua kawasan in adalah di bawah taklukan Kedah. Kota Sena atau kini dikenali sebagai bandar Kangar dam Kota Indera Kayangan pernah menjadi pusat pemerintahan Redah satu ketika dahulu. Penaklukan Kedah tidak terhenti setakat it sahaja di mana a diperluaskan dengan menakluki kawasan baharu bermula dari Terang, Krabi, Phuket, Phanga dan Pulau Samilan.
Pada hari ini, kawasan-kawasan ini adalah milik Thailand. Sebelum nama kawasan-kawasan ini ditukar mengikut pertuturan masyarakat
Thailand, a mempunyai nama sebenar. Antaranya adalah Kerambit yang bererti sebilah pisau berbentu sabit, yang kini dikenali sebagai Krabi. Bukit adalah nama asal bagi Phuket makanala Phanga dahulunya dikenali sebagai Bunga.
RUJUKAN
SUMBER:https://iluminasi.com/bm/kisah-kehebatan-kerajaan-islam-kedah-satu-ketika-dahulu.html
SUMBER:http://zahidsaleh90.blogspot.com/2012/09/serba-sedikit-sejarah-kedah-tua-kataha.html
SUMBER:https://denaihati.com/tamadun-awal-kedah-tua-di-sungai-batu