Cara Untuk Membuat Kuih Karas
Resipi

Cara Untuk Membuat Kuih Karas

Kuih karas merupakan kuih tradisional dari Kedah. Di Kedah lazimnya dijumpai di Kota Setar. Ia sesuai untuk dimakan ketika minum teh atau secawan kopi panas. Kuih ini sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras. Ia berbentuk seperti jaringan halus seperti bihun rangup dan manis dari segi rasa. Kuih ini berbentuk seperti jala halus yang agak keras,manis dan garing dari segi rasa. Kuih karas memiliki bentuk separuh bulan dan juga segi empat. Kuih ini dibuat menggunakan adunan tepung beras cair dengan menggunakan acuan khas dalam minyak panas sehingga kuning keemasan selepas itu ia diangakat,digulung dan dilipat.

Bahan-Bahan :

-Tepung Beras (1kg)

-Gula (2 gelas)

-Air (3 gelas)

Cara Penyediaan :

-Air dan gula dimasak sehingga mendidih

-Air gula disejukkan baru diadun

-Api pandai-pandai sesuaikan, jika tidak kuih menjadi hitam

SUMBER :

https://iluminasi.com/bm/resepi-kuih-karas-manis-dan-garing.html

https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/29