Resepi Untuk Membuat Kuih Bunga Pudak
Resipi

Resepi Untuk Membuat Kuih Bunga Pudak

Kuih Bunga Pundak atau kuih bunga pudak adalah kuih tradisonal masyarakat di negeri Kedah, terutama di kawasan utara seperti Alor SetarJitra dan kawasan-kawasan berdekatan dengannya. Orang Kedah yang tinggal di kawasan selatan dan timur kemungkinan tidak mengenali atau tidak tahu cara untuk memasak kuih ini.[1] Ia dinamakan sempena warna bunga pokok pundak. Kuih ini dijual di kedai-kedai kuih tradisi terutama di Pekan Rabu,Alor Setar. Kuih bunga pundak ini enak dimakan ketika panas. Pembuatannya memerlukan kemahiran yang tinggi untuk dibuat khususnya ketika proses mengayak tepung dan melipat. Kuih bunga pundak mempunyai inti nyok ataupun kelapa.

Bahan-Bahan :

  • 1 biji kelapa parut putih
  • 240gm gula
  • Garam secukup rasa
  • Perasa ros secukupnya
  • Pewarna merah secukupnya
  • Pewarna hijau secukupnya
  • 240gm tepung pulut
  • 250ml air (zaza buat dalam 150ml je)
  • 1 sudu teh garam halus

Cara Memasak :

  1. Untuk membuat bahan inti, bahagikan adunan kepada dua warna. Satukan bahan mengikut warna tersebut dan gaul sebati.
  2. Kemudian sangai di atas api sederhana. Kacau sehingga kering. Ketepikan.
  3. Untuk bahan B, gaulkan kesemua bahan di dalam mangkuk adunan dan biarkan selama 30 minit.* Air campur ngan garam kemudian renjis-renjiskan dalam tepung Sedit demi sedikit sampai abis, gaulkan dengan tepung sampai jadi macam serbuk roti.
  4. Setelah itu, panaskan kuali leper dengan api sederhana panas.
  5. Masukkan satu sudu makan adunan tepung ke dalam penapis dan ayak adunan menjadi bentuk bulat.
  6. Seterusnya sudu inti di tengahnya dan lipat menjadi bentuk empat segi. Biarkan seketika dan barulah diangkat.
  7. Akhir sekali, ulangi proses sehingga adunan habis.
  8. Siap untuk dihidang.

SUMBER :

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_bunga_pundak

https://myresipi.com/resipi-kuih-bunga-pudak/

https://icookasia.com/resepi-kuih-bunga-pudak/