Cara-Cara Untuk Membuat Apam Lenggang
Resipi

Cara-Cara Untuk Membuat Apam Lenggang

Apam lenggang atau juga dikenali dengan nama apam lenggang di sesetengah tempat sememangnya enak dimakan. Tambahan pula ditemani secawan kopi panas di waktu petang. Apom lenggang menggunakan tepung gandum, tepung beras, santan, gula, air dan telur untuk menghasilkannya. Ia menggunakan kuali leper untuk memasaknya dengan membuat bentuk bulat. Kuih ini enak dimakan begitu sahaja atau boleh juga dicicah dengan sambal ikan bilis, kari ikan dan sebagainya.

Bahan-Bahan :

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 cawan santan
  • 1 biji telur
  • sedikit garam

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan tepung beras, tepung gandum, gula pasir, yis, santan, telur dan bahan kisar halus. Kacau sebati memudian masukkan garam secukup rasa.
  2. Tapiskan adunan dengan penapis supaya tiada ketulan.
  3. Perap selama beberapa jam. Minimum masa untuk diperap ada satu jam. Boleh juga untuk diperap semalaman, tetapi santan hendaklah dimasukkan keesokan harinya sebelum dimasak.
  4. Panaskan kuali non-stick dan tuangkan beberapa titik minyak jika mahu. Sendukkan adunan apom dan lenggangkan kuali sehingga apom menjadi bulat sekata. Masak sehinnga kekuningan dan garing di bahagian tepi.
  5. Angkat dan lipat 3 bahagian, atau gulung.

SUMBER : https://resepichenom.com/resepi/apom-lenggang/show