Cara-Cara Untuk Membuat Nasi Daging Air Asam
Resipi

Cara-Cara Untuk Membuat Nasi Daging Air Asam

Di Kedah pula, nasi daging air asam sangat popular. Ia antara hidangan istimewa yang diteruskan sehingga hari ini. Hidangan ini biasanya nasi dimasak bersama daging dengan campuran rempah khas. Ia turut digandingkan dengan air asam sebagai pencicah. Air asam ini merupakan pelengkap hidangan nasi daging ini kerana ia akan menyatukan semua rasa. Nasi daging air asam ini biasanya dibuat semasa meraikan majlis – majlis tertentu, namun ia juga boleh dijadikan hidangan seisi keluarga pada bila – bila masa sahaja.

Bahan-Bahan :

  • 4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
  • 500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3″x4″
  • 5 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan sudu cair
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 2 1/2 sudu besar rempah kurma
  • 1 batang serai, dititik
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 -2 sudu besar minyak sayuran
  • 1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri
  • Sedikit kismis hitam
  • Bahan untuk rebusan daging:
    • 1 sudu besar rempah kurma
    • 2 inci halia, hiris nipis
    • Air dalam anggaran 7 cawan lebih
  • Bahan untuk ditumis:
    • 1 biji bawang besar, hiris nipis
    • 5 ulas bawang putih, hiris nipis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 2 batang kayu manis
    • 4 kuntum bunga cengkih
    • 6 biji buah pelaga
  • Bahan untuk air asam:
    • 1 biji bawang besar, hiris nipis
    • 2 biji tomato, potong kecil
    • 6 biji cili merah, potong kecil
    • 1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
    • 1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
    • 2 sudu besar sos ikan Thai
    • 3 sudu besar gula
    • 1-2 sudu kecil garam
    • 1 sudu besar kerisik
    • Sedikit perahan jus limau nipis

Cara-Cara Memasak

  1. Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
  3. Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.
  4. Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.

SUMBER : https://daridapur.com/resepi-nasi-daging/