Resipi

Cara Untuk Membuat Kuih Qasidah

Kuih Qasidah ni boleh dikatakan kuih tradisi yang klasik,kuih dulu yang mak kita suka buat terutamanya masa bulan puasa. Resepi kuih ni sangat mudah. Saya memang suka tengok mak buat kuih ni dulu-dulu. Ada 2 versi kuih Qasidah, satu versi sebelah utara dan satu lagi sebelah pantai timur. Keduanya ada kelainan tersendiri. 

Bahan-Bahan :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh air kapur makan
  • 1 sudu besar minyak sapi (tak letak pun tak apa)

Cara-cara penyediaan :

  1. Di dalam periuk, bancuh tepung bersama air, gula, garam, air kapur. Kacau sebati.
  2. Masak bahan bancuhan di atas api yang perlahan. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat. Anggaran masa mengacau adalah 15 minit. Apabila telah pekat, masukkan minyak sapi untuk menambahkan rasa lemak kepada kuih dan menjadikannya berkilat. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapu dengan minyak. Ratakan adunan dan tabur dengan bawang goreng bersama sedikit minyak dari gorengan bawang tadi. Potong apabila sudah sejuk.

SUMBER :

https://cookpad.com/my/recipes/14023352-kuih-qasidah-utara

https://cookpad.com/my/recipes/15421787-kuih-qasidah

Exit mobile version