Resipi Seni Budaya

Kuih Dangai Tradisional

Ada banyak versi kuih dangai di Malaysia. Ada kuih dangai kedah, kuih dangai bakar arang dan macam macam lagi. Di sini kami akan berkongsikan kuih dangai tradisi untuk anda cuba sendiri keunikkan rasa kuih ini.

Bahan yanng diperlukan :

• 2 biji kelapa parut lapisan putih

• 2 senduk gula

• 1 sudu teh garam

• 1 cawan tepung pulut cap 3 gajah (250ml)

Cara Menyediakan Kuih Dangai Tradisi:

1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan di atas dalam satu bekas dan gaul sebati. Pastikan adunan kuih tidak berketul .

2. Panaskan acuan dangai dan masukkan kelapa hingga penuh.
3. Tutup acuan dan bakar menggunakan api perlahan selama 4-5 minit sehingga kuih dangai kelihatan garing dan kekuningan.
4. Angkat dan nikmati segera.

KREDIT KEPADA <<SUMBER INI>> <<SUMBER INI>>

Exit mobile version