KUIH LOYANG
Resipi

KUIH LOYANG

Kuih Loyang juga dikenali sebagai Kuih Ros, Kuih Bunga Durian, Kuih Cap, dan Kuih Goyang. Bahan-bahan makanan ini terdiri daripada tepung beras, santan, gula pasir, telur, kapur makan, minyak masak, garam, dan air dalam jumlah yang sesuai.

Di kawasan Padang Terap, Kedah, masyarakat merujuk kepada hidangan ini sebagai Kuih Goyang. Ini kerana setelah acuan dicelupkan ke dalam adunan tepung cair, acuan tersebut kemudian dicelupkan ke dalam minyak yang panas dan digoyang-goyangkan sehingga adunan tepung terlepas dari acuan dan jatuh ke dalam minyak yang panas.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 2 cawan santan (santan dari kelapa yang telah dicampur dengan 2 cawan air, kemudian diukur semula untuk mengambil 2 cawan sahaja)
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu makan air kapur makan
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk merendam acuan
  • Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan semua bahan dan kemudian saringkan.
  2. Panaskan minyak dalam jumlah yang mencukupi bersama dengan acuan.
  3. Celupkan acuan ke dalam adunan, biarkan sebentar. Goyangkan acuan agar kuih lepas dari acuan dan goreng hingga berwarna keemasan.

Selamat mencuba ya…

RUJUKAN:

A KITCHEN CAT

LINA PG

Subscribe kami di channel WhatsApp, Telegram dan Follow kami di Tiktok untuk mendapatkan lebih banyak info menarik.