Resipi

RESEPI KEK BATIK

Resipi Kek Batik, sejak dari zaman sekolah ramai kawan dan saudara suka membuatnya. Kek batik adalah dessert yang sangat sesuai dihidangkan bila-bila masa pun. Ada 2 jenis resipi kek batik iaitu menggunakan telur atau tanpa telur. Kalau resipi yang banyak telur, salutan kek batik agak kenyal dan tidak melekat.

Jika tanpa telur pula, salutan coklat akan sedikit melekat perlu direhatkan semalaman di dalam peti ais sehingga set atau beku kemudian baru dipotong kepada kiub kecil dengan cantik dan kemas untuk dihidangkan. Boleh tabur chocolate rice atau kekacang yang anda suka di bahagian lapisan paling atas sebelum disejukkan semalaman untuk lebih kelihatan cantik dan menarik. Selamat mencuba 🙂

Bahan-bahan:

  • 1 pek biskut Marie
  • 250g mentega/butter
  • 200g serbuk Milo
  • 3 sudu besar serbuk koko, ayak
  • 3/4 tin susu pekat

Cara Penyediaan:

  1. Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan. Che Nom guna loyang berukuran 8″x8″.
  2. Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.
  3. Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.
  4. Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.
  5. Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.
  6. Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.

Tip:

  • Jenis butter yang digunakan akan mempengaruhi rasa kek batik. gunakan 1 buku butter jenama Buttercup. Jika guna pure butter yang mahal, rasa akan lebih berlemak dan rich. Boleh juga jika digantikan butter dengan majerin, sedap dan tiada sebarang masalah cuma rasa kek batik akan sedikit berbeza.

MAHUKAN LEBIH BANYAK RESEPI-RESEPI YANG MENARIK? <<KLIK DI SINI>>

KREDIT KEPADA <<SUMBER INI>>

Exit mobile version