Resipi

RESIPI KUIH CARA MANIS

Kuih Cara adalah sejenis kuih tradisional yang amat diminati di Malaysia. Selain mempunyai cita rasa manis yang khas, Kuih Cara Manis juga menawarkan kelezatan yang begitu nikmat dan tekstur lembut yang dapat meresap di lidah. Kerenah ini menyebabkan kuih ini mendapat tempat di hati ramai, termasuk kalangan kanak-kanak. Kuih Cara diperbuat daripada campuran tepung gandum yang dicampur bersama air dan daun pandan.

JOMMM.

Bahan-Bahan yang Digunakan

  • Daun Pandan (jika tidak tersedia, boleh menggunakan perisa pandan)
  • 2 cawan air
  • 1 kotak santan (200 ml)
  • 2 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum
  • Sejumput garam
  • Gula mengikut kesukaan

Langkah Membuat Kuih Cara Manis:

  1. Potong daun pandan dan kisar bersama 2 cawan air. Kemudian, saringkan.
  2. Campurkan 2 biji telur, 1 kotak santan (200 ml), 3 cawan tepung gandum, sedikit garam, dan air pandan yang telah disaring.
  3. Kisar campuran sekali lagi. Setelah itu, saringkan sekali lagi.
  4. Panaskan acuan dangan api slow ya. Lepas tu sapu minyak jangan bagi minyak bertakung dalam acuan cara tu pulak.
  5. Boleh tuang bahan tadi jangan bagi limpah ruah pulak. 1-2 minit boleh masuk gula dan tutup.
  6. Bakar lebih kurang 4-5 minit. Tak perlu terbalikkan ya.
  7. Siap jangan terus dingap dalam mulut kang melecur mulut tuu hehehe.

Haa senang kan nak buat. Tunggu apa lagi jom buat sekarang…..

Selamat Mencuba…..

RUJUKAN:

COOKPAD

AZIE KITCHEN

Exit mobile version