Ini Kisah Pekan Rabu,Alor Setar
Pekan Rabu begitu dekat dengan rakyat Kedah kerana ia merupakan pusat perniagaan produk tempatan yang telah beroperasi sejak sekian lama. Ia juga merupakan antara lokasi yang ‘wajib’ untuk dilawati sekiranya berkunjung ke Alor Setar. Kompleks bangunan berlandaskan seni bina berkonsepkan “eco mall” sambil mengekalkan ciri-ciri asal tradisi kompleks tersebut dan juga sedikit sentuhan tradisional Islamik.